Dulu…..
Kau dan aku..
Tak pernah kenal makna sahabat
Malah sering tertakluk di benak ku...
Kau seakan membenciku..
Kita…
Sering bertikam ayat
Menegakkan kehendak sebelahi diri
Pantang ada yang terpangkah
Hati kita terus bertelingkah
Sehingga...
Aku tersentak...
Kau sebenarnya untuk aku...
Kau sebenarnya membutuhkan aku..
Sebagai peneman sahabat sejati..
Aku teliti setiap lakumu...
Aku teliti setiap suara hatimu..
Lalu..
Kita kaitkan benang persahabatan
Kita pautkan simpulan kukuh..
Sama-sama mentafsir budi
Sama-sama mengenal pekerti..
Kini...
Aku bakal berjauhan dengan mu..
Semoga hadirku kan tetap di sini
Sebagai teman setiap nafasmu..
Teguhkan hati dan langkahmu..
Aku tak mahu salju matamu menitis kembali
Kerana......
Kita adalah satu...
Thursday, May 12, 2011
Sahabat Nurani Ku.......
Posted by seri at 1:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment